//Fieyha's Property ?
Le Princess


Photo-0301_e121[1]
Welcome to my blog fellas :D
: Blog owner is Fieyhaa.
: In relationship
: 18 y/o.
: future novelist :*
| Twitter | Facebook |


Wishlist
11A+ SPM
blogskin
best buddy


keep calm and love yourself :)


Links

? Billa
? Eiqa
? Ainina
? Mieza
? Nanie


Big Clap
Skin by Little Miss //Suhaila Roslan
Re-Edit by //Nieya
Cerpen pertama : Pendam
Isnin, 17 Februari 2014 | 9:20 PTG | 0 gossip
Malam ini, aku masih sendirian di kamar. Melayan perasaanku sendiri. Tatkala aku renungi telefon bimbitku, masih sunyi. Tiada deringan nada yang selalu mendendangkan lagu tatkala ada panggilan atau mesej yang masuk. Tiba-tiba ada satu mesej masuk, mukaku berubah ceria. Sepintas aku memandang ke arah skrin telefon bimbitku , ‘Hotlink’.
“ Ah! Aku bukan tunggu mesej merepek ni”, keluhku. Aku cuma mampu memandang sepi telefon bimbitku itu.
Perlahan, aku menapakkan kakiku ke arah balkoni rumah. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tetap tidak mampu mengurangkan resah di hatiku. Aku tidak mampu melupakan apa yang aku lihat semasa melayari laman sesawang ‘facebook’ (FB). Setelah 3 minggu aku tidak ‘online’, dengan teruja aku melayari FB. Seperti biasa, setiap kali aku ‘online’, aku akan meneroka FB buah hatiku, Aizat. Hatiku dijentik rasa cemburu yang menggila. Bukan main mesra lagi mereka. Saling memanggil ‘sayang’ di antara satu sama lain. Aku memang tak boleh terima semua ni. Belum sempat hatiku mereda, aku dikejutkan lagi dengan gambar seorang gadis yang terpampang di FB nya. Aku mula geram dan setitis demi setitis mutiara gugur di pipiku . Hatiku terluka lagi.
“Ah! Begitu mudah aku dilukai kaum Adam. Sakitnya hati ni. Aku tak akan biarkan kaum Adam merobek hatiku lagi”, bisik hatiku.
 Tanpa sempat aku tahan, empangan mataku pecah lagi. Aku hanya mampu membiarkan tangisanku mengalir bagai air hujan yang turun. Aku masuk kembali ke dalam kamar lalu mengambil telefon bimbitku.
“Aku perlu buang ego aku untuk mengetahui kebenaran”, tekad ku.
 Aku menaip sebaris kalimah yang ringkas.
 “Kalau dah tak sayang tu cakap je. Kalau dah ada yang lain tu cakap je. Jangan diam !”, aku menghantar pesanan ringkas ku.
 Setengah jam menunggu tetap tidak ada balasan yang aku terima. Aku melihat jam ‘Bonia’ di tanganku ; 12.30 pagi.
“Mungkin dia dah tidur”, dugaku.
 Lalu aku mengambil keputusan untuk menghantar satu lagi pesanan. Pesanan yang kedua aku mulakan dengan meminta maaf. Kemudian, aku teruskan dengan luahan hati dan segala apa yang sedang bermain di fikiranku. Malam sudah semakin gelap dan suram, sesuram diriku pada malam itu. Aku berbaring dan tertidur dengan tangisan yang masih bersisa di pipiku.
Pagi itu aku bangun dengan malas. Terasa berat kepalaku, mungkin kerana aku menangis begitu teruk malam tadi. Aku ingin melihat jam di telefon bimbitku tapi yang lebih menarik perhatianku, ‘1 pesanan diterima daripada Aizat’. Aku membaca mesej yang dibalasnya beberapa minit yang lalu.  Dia minta maaf kerana terpaksa melepaskanku. Katanya dia masih sayangkanku.
“Huh, jantan semua sama saja. Tak guna!”, makiku di dalam hati.
 Air mataku kembali bertakung di kelopak mataku. Lalu, mencurah-curah turun seperti air hujan yang tidak akan berhenti. Hatiku bagai disiat-siat dengan belati yang tajam.  Aku membalas mesejnya.
 “Kau tak perlu ingat aku lagi. Lupakan aku. Anggap saja kau tak pernah kenal aku dan anggap aku tak pernah sayang kau. Terima kasih sebab buat aku macam ni. Bye.”
 Semakin laju air mata ini turun, semakin sakit hati aku. Aku masih dengan keegoanku. Aku tak akan mengaku yang aku menangis kerana melepaskan dia. Aku ego untuk mengaku yang aku masih sayangkan Aizat.
Tangisku masih belum mahu berhenti malah semakin banyak keluar. Aku membiarkan saja kerana selepas ini aku tidak mahu lagi menangis kerana seorang lelaki.
 “Asyiq, aku dah takde apa-apa hubungan dengan Aizat. Aku dah clash dengan dia. Tapi aku tak boleh nak lupakan dia.”, aduku kepada seorang teman karib Aizat.
 Asyiq cuma mampu menasihatiku untuk cuba melupakan dia terus dari hidupku dan tidak melakukan perbuatan bodoh. Aku hanya tersenyum.
 “Masih ada lagi orang yang nak ambil berat pasal aku?”, tanya hatiku. Aku bersyukur Asyiq tidak seperti Aizat.
Aku melayan perasaanku sendirian. Aku melihat diriku di dalam cermin. Aku kelihatan tidak ubah seperti isteri yang baru kematian suami. Mataku bengkak akibat menangis terlalu lama sejak malam tadi. Aku masih tidak mahu terima kenyataan yang aku sudah kehilangan insan yang aku sayang. Insan yang telah berubah hati semenjak kami berjauhan. Tak  akan sesekali aku lupakan semua kenangan yang telah tercipta antara aku dan dia. Aizat  kawan dan anak yang  baik.
 “Tapi kenapa dia buat aku macam ni? Mungkin dia dah jumpa yang lebih baik daripada aku.” Aku bermonolog sendirian.
“Fisya, mari makan nak. Mama masak lauk kegemaran Fisya ni”, jerit mama, dari dapur.
“Fisya dah kenyanglah ma”, balasku.
 Diam. Tiada lagi suara mama memanggilku. Mungkin tidak mahu memaksaku. Di dapur, mama termenung sendiri. Memikirkan anaknya yang kedua itu. Seperti ada masalah berat yang sedang dipikulku. Malam semalam, mama ke kamarku. Dia risau kerana aku tidak mahu makan. Kalau makan pun, aku cuma mengambil sedikit bagi menjaga hatinya. Mataku bengkak seperti baru lepas menangis. Mama mengusap perlahan mataku. Ternyata kasih ibu  tiada taranya. Mama terperasan telefon bimbit aku, lalu membaca pesanan yang aku hantar kepada Aizat. Baru mama faham aku ada masalah dengan Aizat. Mama hanya menggelengkan kepalanya dan hanya mampu mendoakan aku dapat segera menyelesaikan masalahku dengan Aizat.
Selepas mandi, barulah aku terasa segar. Aku duduk di tepi katil sambil menyikat rambutku. Mendongak sebentar melihat jam di dinding menunjukkan angka 10 pagi. Aku tersenyum sendirian.
 “Biasanya waktu macam ni aku tengah kejutkan dia.” Senyumku mati tiba-tiba. Lalu mataku kembali berkaca. Aku masih tidak mampu lupakan dia. Entah kenapa aku terasa ingin berhubung lagi dengan dia. Tapi hatiku menegah.
Aku ditinggalkan sendirian di rumah. Mama dan ayah pergi melihat rumah baharu kami. Rumah itu agak dekat dengan rumah Aizat. Membuatkan aku merasa gusar. Sendirian. Sunyi. Sepi. Itu yang aku rasakan apabila ditinggalkan sendirian. Begitu juga hatiku. Aku terkilan sebab pernah sayang dia. Aku masih ingat semua detik pahit manis kami berdua. Sukar betul nak buang semua tu. Dia selalu bengang dengan aku sebab aku ni agak pemalu bila berhadapan dengan dia. Kami tidak seperti pasangan kekasih yang lain yang selalu berdating, berpegangan tangan apabila berjalan bersama. Berbeza dengan aku. Aku tidak suka dating tapi aku akui aku ada bertemu dengannya semenjak kami tidak satu sekolah. Rindu. Siapa yang tidak rindu. Dia pernah marah aku sebab aku hanya mendiamkan diri apabila bertemu dengannya, katanya aku umpama tiang. Tetapi aku tidak marah kerana itulah diriku.
Dalam mindaku kini terbayang 1001 kenangan yang telah kami lalui bersama. aku masih ingat, aku pernah bermasam muka dengan rakanku sendiri kerana perselisihan faham antara kami berdua. Aizat selalu ada disaat aku perlukan dia. Tapi tu dulu. Sekarang, aku sudah tiada tempat untuk mengadu dan bergurau senda. Semuanya menjadi kenangan yang tidak mungkin terpadam walau ditelan masa. Biarlah aku macam ni sebab aku tak terasa nak cari pengganti. Tidak seperti Aizat yang telah pun menemui penggantiku. Aku cuma mampu berserah pada yang Esa dan berdoa agar aku dapat melupakan Aizat secepat mungkin.
Aku sendiri risau dengan keadaanku. Aku umpama layang-layang yang terputus talinya. Ujian bulanan akan bermula minggu depan. Aku risau kalau aku tidak dapat menumpukan perhatian semasa  guru sedang mengajar. Aku juga risau jika keputusan ujian aku turun mendadak. Aku cuma mampu pasrah dan berserah pada Tuhan.
 “Ni semua salah aku. Aku terlalu percayakan lelaki. Aku saja yang setia pada dia. Dia bukannya setia pada aku. Kenapalah aku bodoh sangat? Aku patut ikut kata hati aku dulu untuk lepaskan dia. Sekarang aku yang merana”, aku menyalahkan diriku.
Keesokan harinya aku menjalani rutinku seperti biasa namun, masih belum mampu melupakan Aizat seratus peratus. Aizat pernah berjanji mencintaiku sehingga akhir nafas nya.
 “Mungkin nafas dia dah berhenti sebab tu dia tinggalkan aku”, fikirku lurus.
 Walaupun ada orang yang ingin mendekatiku, namun aku menolak kerana aku sudah hilang kepercayaan pada lelaki dan dalam masa yang sama aku masih menyayangi Aizat. Tapi aku tidak akan sesekali menerima Aizat kembali dalam hidupku kerana aku tidak mungkin akan menjilat kembali  ludah yang telah ku buang. Walau dia melutut di hadapanku, aku tidak akan menerimanya. Biar dia tahu yang aku bukan baju yang boleh dipakai buang sesuka hatinya.
Aku mungkin lemah di matanya namun, aku tidak akan biarkan maruahku dipijak-pijak. Aku akan cuba untuk tidak menangis kerana seorang lelaki lagi. Cukuplah. Ini yang terakhir aku menangis kerana perkara bodoh. Aku merasakan aku telah mengalami dua kehilangan. Kehilangan yang tidak mungkin kembali. Sudah dua minggu guruku meninggalkan ku dan kawan-kawan. Kini, aku kehilangan orang yang aku sayang yang telah berubah hati. Aku redha.
Seperti biasa, aku ‘online’ muka buku ku . Tiba-tiba  seorang rakan baik Aizat, ‘chating’ dengan ku. Aku membalas seperti biasa. Ezlan menceritakan semuanya padaku agar aku tidak salah faham lagi dengan Aizat. Baru lah aku tahu cerita yang sebenarnya namun, aku tidak menelan semua kata-katanya bulat-bulat.
“Kau nak tahu tak, sebenarnya Izat yang ‘online’ FB Aizat. Kau macam tak tahu je Aizat kau tu kan kerja, mana ada masa nak ‘online’”, panjang lebar Ezlan menerangkan keadaan sebenar kepada ku.
 Beberapa ketika, aku menjadi pemikir. Ada benar juga kata-kata Ezlan tu. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya aku kerana telah berprasangka dengan orang yang tidak pernah terniat untuk sakitkan hatiku.
 “Aku salah sebab tak bagi peluang untuk dia terangkan semuanya”, keluhku. Air mataku kembali menitis.
Petang itu, aku duduk termenung sendiri. Aku mengunci pintu bilikku kerana tidak mahu diganggu sesiapa.
 “Ezlan nak tolong aku baik semula dengan Aizat”, bisik hatiku.
 Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Aizat telefon? Aku menjawab panggilannya. Kami berborak sebagai kawan. Tiada lagi panggilan manja seperti dulu. Aku menangis kerana terlalu rindu padanya tapi, aku ‘cover’ suaraku sebab aku tak nak dia tahu aku menangis. Selepas kejadian itu, aku dan Aizat berhubung lagi tetapi sebagai kawan. Aku redha dengan apa yang terjadi padaku.
 “Sekurang-kurangnya aku tak ‘lost contact’ dengan dia dan kejadian ini jadi pengajaran buatku”, kataku sendiri.

Semenjak tu, hubungan kami mula rapat seperti sebelum ni. Aku dan Aizat juga telah menyambung kembali hubungan yang terputus di pertengahan jalan. Sekurang-kurangnya semangat yang ada padaku kembali dalam jiwaku. Aku mula menjalani kehidupanku dengan penuh semangat dan aku telah mendapat kembali kebahagian yang hilang.


| New